Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Thursday, September 10, 2009

sepuluh aku...

satu:
aku masih aku
hina datang bertalu-talu
merentas jauh berbatu-batu
hanya senyum yang aku mampu
geram tapi diam dahulu
akhirnya nanti mereka yang malu...

dua:
tiap langkah aku sedia
bukan kutahu di depan sana
apa mungkin bantuan tiba
atau diriku semata-mata
tak mahu pula nanti kecewa
awal lagi dah mula leka...

tiga:
apa yang ada akanku jaga
biar beribu yang kunjung tiba
semua bagiku sangat berharga
walau ada yang bermasam muka
sekejap seperti menampar dada
tapi rela aku mengalah seketika
kerana mereka tiada penggantinya

empat:
aku bukan yang paling hebat
tapi usaha diriku lebat
jurang yang luas menjadi rapat
takkan hilang tak nampat kelibat
segala peluang aku kan sebat
sebab kutahu diriku kuat

lima:
kekadang terlupa aku siapa
aku ciptaan yang selalu leka
tapi bukan tuk selamanya
tak mahu terus jauh berkelana
takut terhanyut badai durjana
makaku sedar aku siapa

enam:
laut yang dalam akanku selam
demi impian yang tersimpan mendalam
tinggi kuterbang takut terjunam
kejayaan itu akanku genggam
tidak kulupa kenangan semalam
yang membesarkanku siang dan malam
sayangku padanya sebesar alam

tujuh:
mataku terbuka menjelang subuh
bukan lagi waktu untuk mengeluh
usahaku bukan sekadar berpeluh
tapi sehingga semuanya lenguh
biar penat seluruh tubuh
aku lakukan secara menyeluruh
biarpun tanpa disuruh
aku tahu di mana kuberlabuh

lapan:
luaranku bukan pengukur dalaman
nampak kecil,penuh kekuatan
laju memecut,takkan perlahan
engkau mencerca,aku pertahan
setakat untuk mencecah awan
gunung belum tentu menjadi lawan
kerana semangat yang aku pendamkan
bukan sekadar angan-angan

sembilan:
namun tak kurang dengan kesilapan
mana yang salah kupohon kemaafan
kerana akulah makhluk tuhan
tercipta penuh dengan kekurangan
andai ada yang terus disimpan
kumohon untuk terus luahkan
akanku ku ambil jadi pedoman
jadi terbaik di masa hadapan

sepuluh:
sungguh aku bersungguh
semua ini berada di tubuh
sakit ini takkan sembuh
andai aku terus mengeluh
doakan aku tidak rapuh
tapi terus menjadi kukuh
demi masa hadapan yang teguh

daa~