Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Monday, August 8, 2011

~Silence Killer~

kau hidup dlm fikiran aku
tapi kau mati dalam kata-kataku
kau berkembang dalam hati aku
tapi kau layu di depan mataku

kau bayang-bayang hitam
mengekori setiap jejak yang aku tinggalkan
dan bila aku terlupa
kau kembali mengingatkan
aku kadang-kadang keliru
apa yang aku mahu dari kau
aku nak kau berambus
tapi kau melekat di hujung tapak kakiku
aku terpaksa mungkin

aku tahu apa yang kau mahu dari aku
kalau kau sabar maka kau akan berjaya
tapi bila aku pun tak tahu
mungkin bila akalku tertinggal di dalam jamban
maka jangan berharap tinggi
aku x mampu hidangkan kau semua itu

kalau kau berlalu pergi
maka pergilah jauh-jauh
biar angin pun x mampu membawa bau kau
aku bukan membenci kamu
aku membenci diri aku
sebab sukar memberitahu
nota jelas terukir di hati

maafkan aku~