Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Wednesday, December 28, 2011

GADIS SEPATU WANGI

GADIS PENYAPU, SEPATU USANG, GALAH WANGI
3 watak utama sekarang
kelakar bila ketiga-tiganya berkait
kelakar ketiga-tiganya menyembunyikan
kelakar ketiga-tiganya berlakon
dan kelakar kerana aku tahu,bodoh!!!!

sepatu dipijak,galah menjolok
gadis menyapu sampah
buang tepi longkang
hei,aset aku kau buat main
dengan liang lentok tubuh kau itu wahai penyapu
ke kiri,ke kanan bukan main mengiurkan lagi
manalah tak terliur mata-mata gersang si jantan
lagi2 yang dah disuntik dadah kepuasan
yang kau salurkan dari badan kau

kau kata kau perlukan
dengan tangan aku ini maka kau berfungsi
usahlah berdrama lagi
aku dah lali
ingatkan bila kau dah jauh
hilang kusut masai yang kau sepahkan ni
ada saja agenda kau kan?
puas sakitkan hati aku??
puas kau rampas kegembiraan aku??
yang kau tahu aku takkan dapat??
kau puas kan??
bagus,teruskan..

mungkin selepas ini
kalau kita berjumpa lagi
aku bawa semua makanan aku
semua harta aku
mungkin kau akan sapu
pai ceri aku
epal dendam aku
nota misteri aku
biduan kecil aku
pemberontak desa aku
jambu putih aku
ya, mereka semua rela disapu kau
ambillah,asalkan kau bahagia

kali ini
walaupun aku telan racun skali pun
aku mahu kau tahu
semuanya kerana kau,BEDEBAH!!!!

Wednesday, December 14, 2011

BISA

dahulu
kita sama bergelak tawa
kita berjuang bersama
misi dan visi
mengalir pantas dalam salur vena
bila kau tiada
hantarlah bala tentera bergajah
dibantu garuda dan phoenix raksasa
aku enggan bersama tiup semboyan
kerana aku ada
bila kau bersama

lantas kita berjanji
melangkah ke jurang yang lebih dalam
mendaki gunung yang lebih tinggi
menggapai langit yang lebih luas
menyelam laut yang lebih dalam
bersama mengorak langkah
biar musuh sehebat kereta kebal
dan kita menunggang kuda kerdil
janji tangan kita
masih berpimpin

kita tidak sempurna
1001 kelemahan tertulis di dahi
tapi 1 kekuatan mencairkan semuanya
keeratan genggaman tangan kita
biar disambar helang
dipanah kilat
disalai terik
dihempap tahi bintang
seinci pun tak terlerai
tapi di mana ia sekarang??

bukan aku menuding pada kamu,sahabatku
mungkin darah mudaku kuat mengalir
tapi kamu lebih muda dariku
mungkin semangatku sekeras besi
tapi kamu lebih semangat dahulu
1001 alasan kamu tebarkan
aku pun berjuang di medan yang sama,sahabatku
bukan aku kecewa kerana kamu tidak di situ
aku tahu di belakangku lebih banyak kepentinganmu
tapi aku terkilan
bila semangat kamu mati di situ

aku akan terus mengorak langkah
agar tentera kita tidak tersungkur di medan juang
biarlah aku terpaksa menghunus sendirian
atau mencari lembu celaka sebagai tunggangan
aku akan teruskan
dan jika aku bertemu kejayaan
lantas ditanya rahsia kemenangan
pantas aku bersuara
kerana sahabatku mendoakan di belakang
agar bisa kami sentias mengalir
dan membunuh musuh durjana......