kamu lalu di hadapanku suatu ketika dahulu
dan aku terpegun
lalu aku ekori setiap langkah kakimu
bila angin membawa bau rambutmu
aku sedut sehingga memenuhi peparuku
dan kamu sedar kewujudanku
lalu melahirkan senyuman semanis madu
seperti ada pari-pari menari-nari di atas ubun-ubunku
bidadari ini akhirnya mengenaliku
tapi kau masih kabur dengan perasaanku
kau seperti tahu tetapi seperti menafikannya
adakah aku mahu terus kekal begitu??
kamu 2
kamu hadir di sisi sang 1
dan mampu memadamkan jasad dan bebayangnya
dan kamu sering menjemputku
masuk ke alam khayalanmu
aku seperti merasa masamnye
dari kemanisan buah mangga
dan kamu hidangkan segelas air
untuk menghilangkan dahagaku
lalu kamu pergi
dan aku menanti kehadiranmu
mampukah aku menunggu di sini??
kamu 3
kamu cuma gagak
yang terbang bersama merak
tiada yang akan tertarik
tapi kau berdansa
lebih ayu daripada merak
maka aku menjadi longlai
akan keprihatinan jiwamu
kemerduan suaramu
kelembutan sentuhanmu
dan bila aku di situ
tiada tempat mengadu
kau muncul sepantas kilat
seperti kekasih memadu asmara
akankah wujud perasaan itu??
kamu 4
kau bukan sesiapa
kita ibarat darah daging
tapi kadangkala kau jelita
menutup pandangan mata lain
bila kau di sini
aku seperti ingin lari
namun bila kau di sana
aku meraung,datanglah sini
siapakah kau sebenarnya??
kamu 5
sudah lama aku melirik
tapi kau tak pernah perasan
aku kalihkan lirikan ini
supaya kau lebih aman
dan bila kau hilang
lebih lama dari yang aku sangkakan
maka kau hilang dari sudut hati ini
dan kini kau kembali
jantungku berdenyut kembali
dan kali ini
aku takkan melepaskan mu
dan membiarkan serigala lain menjamah tubuhmu
sudikah kau bersamaku?
kamu 6
seperti dihasut syaitan
aku cuba menyukaimu
kerana kamu milik si dia
yang tidak layak memilikimu
namun semakin lama
aku semakin hanyut
kau kini melekat di hatiku
biarpun kelibat kau hanya tiba di kala senja
namun aku menunggu semenjak fajar menyingsing
datanglah,aku sentiasa menunggumu
adakah kau jua begitu??
kamu 7
sejak dulu kita bersama
kau sentiasa yang bertakhta
siang malam kita bersama
suka duka kau di sisi
terang gelap kau menemani
kau yang terbaik pernah aku miliki
namun aku cuma manusia
mungkinkah jemu dengan semuanya
adakah ini lumrah yang tercipta?
maka kamu semua
1,2,3,4,5,6 dan 7
jangan pergi ke mana-mana
aku akan menunggu kamu
setiap waktu
dan bila kamu tiba
kamu akan memelukku
kerana terharu
oh,kalaulah semudah itu...