Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Friday, July 15, 2011

Jambu Putih

manis
gebu
mengiurkan
sayangnya
tatapan semata-mata
lebih enak dari epal
betik
pai ceri
oreo...
tapi siapa yang beruntung
menjamahnya...

kau adalah sisa wahai jambu putih
dan aku letakkan di dalam pinggan
yang masih terhidang di atas meja
kau masih mampu menarik perhatian
mata-mata berkeroncong perut
dengan kemanisan kau
kau lembutkan hati mereka
dengan luaranmu yang sempurna
kau luluhkan ego mereka
dan kau lari bila mereka mengejar
lalu kau kembali bila mereka berhenti
dan itulah rutin kau sehingga kau reput

jambu,jambu..
untung jadi kau jambu
semua mahu menyantap kau
ketika kenyang mahupun lapar
ketika tenang mahupun gelabah
ketika sibuk mahupun lapang
hanya kau menjadi pilihan
tapi sayangnya
hanya aku yang tahu
sejauh mana kemanisan kau
sehebat mana daya tarikan kau
kerana di akhir cerita
semuanya akan menjadi seperti aku
mempunyai kau sebagai sisa....

jangan rasa kau bagus
sebab kini aku dah ada jambu batu
jambu air,jus jambu dam macam-macam lagi
jangan nak goda aku lagi,jambu putih~