Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Tuesday, June 19, 2012

Benarkah Bisa Betul-Betul Berbaloi??

Kuasa Veto
kuantiti minor,kualiti major
sumbangan kecil, pengaruh besar
mengarah,mengkritik,mengawal
1 suara lantang akan ditendang
memanipulasi kejayaan organisasi
walaupun gagal tak pernah dituding
berkuasa mempengaruhi pihak atasan
yang berkuasa memutuskan
ingin menjadi golongan ini?
maka anda tidak wajar dihormati


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,
tak perlu ramai,cukuplah satu
sumbangan besar,pengaruh luas
setia,tabah,sanggup berkorban
mendengar semua suara
membuka media diskusi
berjaya atau gagal perkara kedua
asalkan organisasi bersatu
berkuasa memutuskan
dan didengari seluruh alam
berminat untuk tergolong?
maka anda perlu sekukuh gunung


Negara Dunia Ketiga,
kuantiti major,kualiti minor

sumbangan kecil, pengaruh apatah lagi
diarah,dikritik,dikawal
cuba bersuara lantang tapi ditendang
dimanipulasi demi kejayaan organisasi
andainya gagal terus dituding
lemah mempengaruhi pihak atasan
yang berkuasa memutuskan
ingin menjadi golongan ini?
maka anda tidak mampu menjadi pemimpin


Negara Penumpang,
kuantiti paling minor
beraset tetapi bodoh
rasa dihargai kerana disogok ayat2 kehebatan
menempel di sisi kuasa veto
untuk menempah slot kejayaan dunia
walaupun dipergunakan
tetap buta sampai kiamat
x perlu bersuara,x perlu berpengaruh
hanya mengangguk sehingga disuap najis
siapa anda?
golongan yang lemah dan paling patut direjam....


*ini bukan luahan politik,apatah lagi luahan racist
inilah situasi walaupun dalam organisasi yang kecil*






Monday, January 2, 2012

GAGAK PENGGIGIT

merak tak setanding gagak
kata orang-orang tua
maka gagak sentiasa mencari makanan jijik
merak mencari buahan segar
malah merak disuap orang
dan gagak meratah bangkai tua
tapi bila merak jatuh cinta dengan gagak
siapa yang perlu dituding???

gagak tidak berdosa
tidak pernah menggoda merak
si merak yang perhatikan gagak
kesan musim kemarau
buahan banyak yang gugur masam
dan bangkai bertambah
merak menyertai gerombolan gagak
dan cinta berputik
tapi bukan dosa
adaptasi perjuang kehidupan

biarlah gagak dengan bangkainya
merak di sisi perhatikan lagaknya
dan merak tetap terus berlagak
kibarkan kilauan bulu ekor
agar gagak tergoda
dan gagak berpaling seketika
lalu terus meratah bangkai
merak,merak..
mengalahlah....

di akhir waktu
merak masih di situ
pudar sudah kilauannya
gugur sudah kebanggaannya
tumpul sudah cakarannya
tapi tetap utuh kemahuannya
di mana gagak??
di depan merak meratah bangkai
bangkai yang sama bersilih baru
namun tetap bangkai
tidak pula menjeling merak
maka bilakah
gagak kan melangkah
berada di hadapan merah
bertemu paruh
kerana merak sentiasa menanti
gagak menggigit hatinya yang menanti.....