dah ku katakan
aku mampu berdiri tegak
tanpa sokongan tulang belakang
aku jadikan angin itu sandaran
hanya setakat kata kau curahkan
aku tepis satu libasan
celaan engkau datang melebat
setitik pun tak membasahkan
aku terima sebagai tempias
ku jentik-jentik setiap titisan
apa kau ingat aku tertunduk
bila kasihan kau siramkan
tanah tempat aku berpijak
langit di atas aku junjung
penyakit kau beri tak berkesan
penawar aku tiada lawan
cubalah sepenuh usaha kau
peluh kau ibarat bah
otot kau kan jadi kuat
semangat kau jadi azimat
urat menjalar tanda kau hebat
aku di depan duduk bersila
tersenyum sinis tanpa tenaga
kerna itu kan buat kau kecewa
setitis kasihan engkau berikan
segunung siksaan aku rasakan
secubit belas engkau lampirkan
selautan benci aku bentangkan
betapa kau hebat di mata aku
tiada yang mampu setanding kamu
kau akan tetap di hati aku
tapi sekadar di hujung pinggir......
No comments:
Post a Comment