Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Saturday, January 30, 2010

hati oh hati...

duduk bersila
di hadapan hidangan
kanan madu,kiri racun
kupilih cuka
sukarnya mulut menganga
menelan cuka yang manis kononnya
penat melayan perut meragam
kuteruskan jua

sampai masa otak ligat
kenapa bukan madu kau pilih
hati yang jawab
aku rela
sebab madu itu
aku simpan untuk mereka
yang masih memerlukan
tergelak
sepatutnya racun jadi pilihan
maka x susah mengenali fungsi otak lagi

terencat seketika
keadaan kan berubah
semuanya tidak sama lagi
samada mereka atau aku
itu yang dah tertulis

semoga berjaya....

Friday, January 29, 2010

pergilah...

bila sinar mulai malap
unggas berhenti bersyahdu sendu
irama menghibur terkelu semula
maka satu persatu ia datang
bermain-main di fikiran
entah apa yang bermain di sini
satu persatu beratur bersidang
tiada satu pun bercium jawapan
bukan dirinya jadi persoalan
tapi bedebah itu bertalu-talu menyakitkan
kau mungkin berhak memilih
tapi aku berhak memutuskan
kewujudan kau langsung tak memberi kesan
pergilah bedebah
hentikan kecelakaan mu
semakin lama kau di sini
semakin dalam luka ini
kerna kasih aku lakukan
tapi enggan kau belajar
erti kasih yang aku maksudkan
pergilah,aku dah penat
aku menanti nisan itu
dari reranting hutan belantara
yang reput dimamah serangga
itu terbaik..

Thursday, January 28, 2010

kau

melihat kau membesar
mungkin bukan tugas aku
tapi menjaga kau dari serangan anasir halus
maka aku adalah tembok besar daerah kau
kumpul segala bala tentera
barisan hadapan makhluk kalus
diakhiri makhluk sebesar alam
maka aku berjanji
kalau kau tercalar
dengan jari hantu ini
aku tarik nyawaku

Wednesday, January 27, 2010

hina

bujur sirih
alis lentik
pinggang ramping
kulit baldu
mengiurkan
terliur anak2 mata yang dicipta tewas
indah sungguh ciptaan yang esa
ciptaan yang menjadi pelengkap mereka
yang kering rongga liurnya
fatamorgana pun bakal jawapan noktahnya

bukan menjadi hidangan minda
cendekiawan tumpas di medan ilmiah
jelapang kasih semakin menggurun
lengoknya bukan sentuhan bayu
hitam putih meleret laju
nyawa tidak lagi dipertahankan
asalkan nafsu sendawa kepuasan

begitulah agungnya ciptaan tuhan
namun gagal tertunas di fikiran
tersiratnya ujian yang tuhan selitkan
kenapa tercipta makhluk itu?
setiap nadi kita tertulis jawapan

maka apa gunanya hidangan lazat
minuman keras berderai ke bumi
bila mawar merah menghiasi
anjing...itu layanan khas kau tetamu duniawi
kau tidak layak setanding bidadari
yang lahir di bumi
mati di bumi....

Sunday, January 24, 2010

Hanya Sekali

aku ingin kekal
tapi tutur kau samar
maka aku simpulkan
ikatan mati aku putuskan
mungkin perlu aku di situ
tapi kerlipan kau menafikan
atau sebenarnya mengiakan
aku keliru
kau tersenyum
pergilah
kau perlukannya santapan itu
tanganku terkulai
gagal menyuap
andai terlintas sebaris kata
endahkan sahaja
kau tahu alkisahnya dusta
aku sayang kamu
takkan pergi
walau antara sedutan nadi kau...

Wednesday, January 20, 2010

PENTAS

bergelut lagi..
insiden 2 tahun lalu
kembali menghantui
tp wataknya dulu pipih
kini jadi yang utama
cerita masih tipikal
kesudahannya sangat klise..
tiada hero atau heroin
drama sebabak kini berbabak
pengcahayaan semakin kabur..
semua terkelu..
penonton menghambur..
kau sungguh menggelikan..

CETUSAN 0148

jika itu terjadi
tangan aku ringan melambai
bukan sebab benci
meluat pun hatiku enggan
hanya sebab kegagalan mengawal
aku tercipta kurang dari kamu
tapi sekurangnya
aku pernah menjejak pelangi
yang kau janjikan dulu
bawalah dia ke pelangi itu
jika itu terjadi...

KAUSEBENARNYA....

simpan dan terus simpan
berhati-hati
jangan luahkan
kalau enggan dunia membencimu
engkau bukan kemahuan ramai
berpijak pun di atas ikhsan
biarkan hati kau dimamah
tunggu sahaja saatnya luluh
waktu itu lamunan kau terhenti
lantas kau akan mengerti
wajarkah perbuatanmu
dahulukan yang lebih memerlukan
atau mungkin mereka sedang membina laluan
kau tiada hak menghalang perjalanan
walau aku tahu yang kau pun tahu
kau mungkin sebatu di belakang
bila mereka berpegangan tangan
kau ingat kau siapa??
tiada satu pun melekat di ingatan
kau tak sedar dan tidak akan sedar
kau sampah yang dulunya disimpan
mungkin berguna ketika kebuluran
maka kau bangga
kononnya kau satu keperluan
alkisah itu sebenarnya teladan
kasihan kau
sekecil zarah sebesar alam
kau bukan di antaranya
kau jelmaan dalam igauan.....

Sunday, January 17, 2010

aku tidur lagi

bila fajar terbit
pipit menari
unggas bernyanyi
aku tidur lagi..

bila bayu berhembus
sejuk,dingin tidak kaku..
palma meliang-lentok
gelora laut berirama syahdu
aku tidur lagi..

bila matahari berlabuh
camar mencari jalan pulang
anak-anak meriangkan taman
bayang kian panjang
aku tidur lagi..

bila purnama mengambang
bintang berkerlipan
pungguk masih menanti
cengkerik berpuisi
aku tidur lagi..

rutin bermula
dari fajar ke bayu
bayu ke matahari
matahari ke bulan
aku tidur lagi..

itulah aku..
dahulu.........

daa~