Thursday, April 22, 2010
DESCRIBELESS
masa
sentiasa bergerak
tidak mengundur
tidak menyimpang
hanya maju ke hadapan
kau dan aku
ibarat masa
mengejar kejayaan
di haluan berbeza
ke hadapan
itu pandangan kita
namun ada satu ruang
yang tidak akan terbolos
hati..
itu tempat kamu..
jarak
kecil atau besar
terlihat atau tidak
jauh kita tercampak
berjihad di jalan tuhan
ilmu sebagai keperluan
walau sesaat tidak kelihatan
tapi di hati sentiasa ada jelmaan
jarak hati kita
ibarat kelingking dan manis..
sedekat itu kau padaku
biar beribu batu penghalang
biar dihujani tohmahan
aku mahu kau sekukuh taj mahal
kerana kau perkasa
jadikan diriku tiang
itu kau pada diriku
jadikan kata-kataku sang bayu
kata-katamu menyentuh pipiku
jasad kau mungkin di hujung sana
tapi nafas kau
terasa selalu
kau bukan kawan
apatah lagi kenalan
kau lebih hebat dari sahabat
kau insan yang dicipta
sebati dengan diriku
nadiku nadimu
darahku darahmu
cubit peha kiri
peha kanan lebih peritnya
kau yang terbaik
pernah aku ada..
endless is useless for us
cause they need much more than that
to describe us...
Thursday, April 15, 2010
Friday, April 9, 2010
Amirul Aliff
sudah hampir 17 tahun
aku lihat tumbesaran kau
dari bertongkat empat
sehingga kukuh berkaki dua
kau cukup membanggakan
dengan segala dugaan badai
yang kami lalui
kau juga turut merasakan
selamat datang ke persatuan ini
kau berjaya mengharungi semuanya
malah kau lebih kuat
dari dua jejaka yang lebih gagah dari kau
dari dua wanita yang lebih serikandi dari kau
kau jua turut mewarisi ketabahan bonda
mungkin secubit tapi itu yang kita berlima perolehi
kau mungkin tidak segagah tuah
juga tidak sekacak Yusuf
apatah lagi sebijaksana Hamka
tapi kau teguh laksana Gunung ledang
kau membara ibarat mentari
kau kejora yang bersinar di dalam hatiku
hati seorang kanda yang sangat menyayangi kamu
aku sangat mengagumi kamu
jangan retak kerana guruh
jangan kalah kepada nafsu
aku di sisimu seperti selalu
kerana kau darah dagingku
musuhmu takkan hidup lama
aku telah sediakan nisan mereka
teruskanlah hidup remajamu
jangan tersungkur
seperti aku.....
Saturday, April 3, 2010
Medium
gel in Vitro
berfungsi menyatukan
sel berenang dan terbesar
hingga tersenyawa
dipindahkan ke dalam uterus
untuk pertumbuhan seterusnya
gel kemudian dibuang
hanya medium sementara
untuk menyatukan suatu pertemuan
saksikan kejayaan ciptaan tuhan
melalui idea bernas ciptaan manusia
berfungsi menyatukan
sel berenang dan terbesar
hingga tersenyawa
dipindahkan ke dalam uterus
untuk pertumbuhan seterusnya
gel kemudian dibuang
hanya medium sementara
untuk menyatukan suatu pertemuan
saksikan kejayaan ciptaan tuhan
melalui idea bernas ciptaan manusia
Friday, April 2, 2010
GANTI
hilang satu persatu
kelibat noktah belum tiba
kerana kau ada di sini
memberikan aku udara
tatkala yang tinggal cuma debu
sawang penuh di peparu
kau yang mencucinya
tanpa kau tahu
aku perlukan kau
ciptaan hodoh tetapi kucinta
setapak kau ke hadapan
sejengjal aku di belakang
jangan pergi
aku mahu kamu...
kelibat noktah belum tiba
kerana kau ada di sini
memberikan aku udara
tatkala yang tinggal cuma debu
sawang penuh di peparu
kau yang mencucinya
tanpa kau tahu
aku perlukan kau
ciptaan hodoh tetapi kucinta
setapak kau ke hadapan
sejengjal aku di belakang
jangan pergi
aku mahu kamu...
Subscribe to:
Posts (Atom)