Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Monday, July 26, 2010

PAKATAN SAINTIFIK

apabila sesuatu jasad rapuh terevolusi
lalu bertindak sebagai teras
yang mempunyai daya tarikan graviti yang amat hebat
maka segala butir-butir zarah di sekelilingnya
akan terputus membran yang terdiri daripada ikatan2 ion
yang menjadi pendinding sel mereka

apabila dinding itu punah
mereka akan tertarik kepada kutub teras
membentuk satu lingkaran termo
yang menghalang sebarang anasir luar
menembusi embrio ciptaan terbaru itu

maka satu ciptaan gabungan telah terbina
membentuk satu pakatan saintifik yang amat menakutkan
apabila sel-sel tua tidak lagi diperlukan
penyingkiran bersama dinding endoplasma
yang penuh dengan pembuluh darah suatu ketika dahulu
akan dinyahkan

hasil kumuhan ini akan memberikan satu tentangan yang hebat
kepada atmosfera
dek kerana ia gagal didegradasikan
oleh bakteria-bakteria pengurai
apakah satu-satunya cara untuk menghapuskannya????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tiada.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kerana ia bakal mencipta jasad baru
yang jauh lebih hebat dari teras itu
dan kau begitu mudah diuraikan
tanpa satu zarah pun yang tinggal....

1 comment: