pernah tak kite renung bulan
ciptaannya sedetik menjadi soalan
cahayanya menyuluh seluruh alam
buat yang suram menjadi terang
biarpun bulat tapi menawan
buat sang pencinta jadikan perumpamaan
sedangkan pungguk pun merinduinya
pernah tak kita tertanya??
pernah tak kita melihat matahari
punca cahaya di siang hari
untuk kita di muka bumi
terus melangkah mencari rezeki
silau cahayanya diperlukan tumbuhan
gerak kerja mencipta makanan
kepada kita menjadi hidangan
jadi teras penunjuk arah
walau sesat kau takkan parah
menjadi panduan bumi berarak
soal di hati adakah terdetak??
pernah tak kita berdiri di pantai
lihat luasnya tidak tercapai
mana hujungnya tak kelihatan
mana asalnya tak ditahukan
penuh isinya hidupan gergasi
yang mungkin tidak terlihat lagi
tapi punca rezeki nelayan
syukur diucap hidup diteruskan
lihat deru ombak menghempas
tanpa henti berbalas-balas
begitu banyak sekali jasanya
pernah tak tanya berapa harganya?
pernah tak kita melihat gunung
gah tersergam tidak tergantung
cantik tercipta awan disentuh
walau digoncang tidak kan runtuh
mergastua meriah bagai berpesta
sejuk menyelubung tidak mengapa
tapi yang indah tidak tertanya
oleh kita makhluk yang hina..
pernah tak kita melihat kita
cantik dicipta sungguh sempurna
akal tunjang kepada kesempurnaan
tiada makhluk yang dikurniakan
namun pernahkah kita gunakan
dalam menempuh hidup seharian
lihat setiap langkah yang tercipta
adakah benarkah akal yang diguna
atau sekadar nafsu semata-mata
jangan katakan tuntutan dunia
sedangkan kita yang menerajuinya
tiap tragedi kita yang cipta
satu dituding tiga ke kita
masih mahu menafikannya??
tepuk dada tanyalah selera..
penah2! (^^,)
ReplyDeletechayunk, mergastua tu ape? type of birds ke?
hoho ;p