Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Sunday, February 28, 2010

terperosok

aku di sini
kamu di sini
mereka disana
tapi mereka lebih dekat....

cacat

suka dan duka
itu janji kami
biar matahari terbit malam
dan bulan muncul dari dasar lautan
atau salju menyelimuti sahara
erat jemari berselisih
keakraban dahulu,kini dan selamanya
tak mungkin ada yang meretakkannya

aku gembira, kau bersedih
maka sinar kegembiraan itu
aku salurkan ke hujung anusku
bila muncul detiknya
ia mengalir bersama pepejal coklat itu
dan aku tahu
kau sedih untuk sinar di wajahku itu
maka aku putuskan
bisikan khabar aku tiup ke satu sudut yang gelap
tiap langkahmu aku tidak perhatikan
kerana kau seorang insan yang tegap
kantamu dilengkapi kompas
maka kau takkan sesat

pernah terdetik
sering terlintas
jarang terfikir
apakah kita di medan perjuangan
bertempur untuk mencapai kemenangan
jika terlintas,terdetik,terfikir di satu sisi akalmu
maka kesilapan lakuku membutakan ideamu
aku takkan di seberang sana
menunggu semboyan ditiupkan
mengangkat pedang sedia berlawan
sebenarnya aku di sisimu
tangan kiriku mengangkat senjata
tangan kananku menggengam tapakmu
mari berjuang
demi kebahagiaan bersama
walau kita dari dunia berbeza
maka tuhan telah tunjukkan
sahabat tidak mengenal perbezaan darjat

maka siapa yang menang??
kau,aku dan dia....

Thursday, February 25, 2010

sinarku..

25 february
tarikh keramat
lambang ketabahan
semangat juang seorabg wanita
inspirasi insan kudrat nipis
tangisan anakanda igauan ngeri
gelak tawa mereka pembuluh darah
nadi terputus kami tiada
keluarkan kami dari tempurung
kenali dunia yang bernajis
sucikan setiap laluan
biar kami berjalan mendabik
doanya jadi bayang
mengekori ke mana sembunyi

23 tahun aku mengembara
apakah mampu untuk dijadikan sajian
buatnya menikmati hari2 tua
belum tentu..
sekumpulan tentera yang tercipta
dari siksaan 9 bulan yang ditanggung
berikannya pelangi yang diminta
kau hanya berikan spektrum biasan
berikannya bidadari yang diminta
kau hanya berikan secarik kain yang dikoyakkan
dunia ini untuk kami
tapi apakah balasannya?
cakerawala? galaksi?
belum langsai hutang itu

tuhan,
berikan segala kebahagiaan di kedua-dua dunia
buat insan yang cukup tersiksa
melihat tumbesaran lima perwiranya
luaskan jalan rezekinya
buat insan yang tidak pernah melihat keluhan
dengan mata kasarnya
ampunkan segala dosanya
walau sekecil ciptaaMmu
sehingga ke besar alamMu
atau galaskan di bahuku
jika itu mampu membalas pengorbanannya
sungguh aku mencintai wanita itu
tiada penggantinya.....

selamat hari lahir dan selamat bersara...
mama....

Sunday, February 21, 2010

....

1.
2..
3...
4....
5.....
6......
7.......
8........
9.........
10..........

bangun raje
mimpi buruk ko da berakhir....

Monday, February 8, 2010

Bilik

akhirnya
sedikit sinar sudah cukup menerangi
kemas2 bilik
cari barang-barang lama
oh,cuma ada 2 3 barang yang penting
yang lain cumalah sampah
nah,ke tong sampah kau pergi
malas nak semak2
maka buang saja lebih baik

keadaan da selesa
bilik da kemas
mulakan hidup baru
sedut udara segar
tiada apa yang difikirkan
lega bila bilik da kemas
semua orang pun gembira
maka aku xkan terbersin2 lagi
semua sampah,sawang,habuk,debu dan najis
aku dah cuci
keluar semuanya
dari bilik aku
kediaman aku
daerah aku
kawasan aku

maka
barang yang masih disimpan
tersangatlah berharga
cuma diletakkan bersepah-sepah dulu
lupa pula nak menghargainya
padahal tersangatlah penting
cuma leka seketika
dengan barang yang baru dibeli
macam mahal
ingatkan berkualiti
rupanya sampah je
xpe,aku da buang semuanya
barang-barang lama itu
aku letak atas rak
yang paling tersergam di dalam bilik
yang paling cantik terhias
yang paling jelas dilihat bila aku masuk
yang bakal menggembirakan aku di kala susah

bilik lama
keadaan saje yang baru
kenangan lama
semangat yang baru
hidup diteruskan
memori dimatikan
selamat kembali...

daa~