suka dan duka
itu janji kami
biar matahari terbit malam
dan bulan muncul dari dasar lautan
atau salju menyelimuti sahara
erat jemari berselisih
keakraban dahulu,kini dan selamanya
tak mungkin ada yang meretakkannya
aku gembira, kau bersedih
maka sinar kegembiraan itu
aku salurkan ke hujung anusku
bila muncul detiknya
ia mengalir bersama pepejal coklat itu
dan aku tahu
kau sedih untuk sinar di wajahku itu
maka aku putuskan
bisikan khabar aku tiup ke satu sudut yang gelap
tiap langkahmu aku tidak perhatikan
kerana kau seorang insan yang tegap
kantamu dilengkapi kompas
maka kau takkan sesat
pernah terdetik
sering terlintas
jarang terfikir
apakah kita di medan perjuangan
bertempur untuk mencapai kemenangan
jika terlintas,terdetik,terfikir di satu sisi akalmu
maka kesilapan lakuku membutakan ideamu
aku takkan di seberang sana
menunggu semboyan ditiupkan
mengangkat pedang sedia berlawan
sebenarnya aku di sisimu
tangan kiriku mengangkat senjata
tangan kananku menggengam tapakmu
mari berjuang
demi kebahagiaan bersama
walau kita dari dunia berbeza
maka tuhan telah tunjukkan
sahabat tidak mengenal perbezaan darjat
maka siapa yang menang??
kau,aku dan dia....
No comments:
Post a Comment