di hadapan kekasih medium dunia mayaku
aku merenung zaman silam sambil menujum masa hadapan
satu persatu molekul rawak barah termanis aku sedut
mengeluh kecewa atau gembira
mengenalpasti setiap ukiran senyuman yang tercoret selama ini
kau mengghaibkan aku
aku pernah pergi merantau suatu ketika
menjajah hati seseorang yang menawarkan sejuta janji
kau berdiri memerhatikan aku dari jauh
mencoretkan setiap keluhan kekecewaan kau di setiap penjuru dunia
yang pasti terlihat oleh mata bogelku
daerah itu kini gersang
setelah aku tinggalkan dan dijajah oleh sialan itu
dan kepada kau aku kembali
kita sama-sama berjalan di atas pelangi
menaburkan seroja kepada insan di bawah tapak kaki kita
dan semuanya mengagumi kita
oh tidak
sialan kedua muncul
dan menghapuskan nic-nic aku terhadap setiap juzuk pelusuk badanmu
setiap hilaian tawa kau terhasil dari sampah itu
ah aku silap
aku yang sampah sebenarnya
bila aku baru sahaja perasan sebentar tadi
disfungsi setiap hembusan nafasku
semuanya angin semata-mata
aku semakin samar-samar
mencari-cari hierarki aku di ruang hatimu
aku rasa terabai,tersingkir dan tersisih
mungkin kau tidak memaksudkannya dengan setiap lenggak liuk tubuh dan tuturmu
tapi aku merasainya
inilah nasib aku
labu yang ditinggalkan sang tikus bangsat
kamu semua hampir siap mencorakkan panorama
aku tertinggal di belakang mencuci sisa-sisa cat kamu
kamu berpaling dan terus mengalih pandangan bermuka-muka itu
aku tidak pernah diperlakukan begitu
hanya satu yang mampu mengambil alih tugasku
kebahagiaan duniamu
insan tercinta mahupun harta kekayaan
tidak salah meletakkan ku beberapa batu di belakangmu
tapi letakkan tuhan di mindamu setiap detik dan waktu
ah,aku masih sempat melontarkan 1001 kata nasihat
maaf, aku tak mampu mengubah diriku
aku sedang memahat nisanku
jangan risau
kuburku di dalam hatimu
kambusku dengan nyawamu
aku bersemadi di dalam dirimu
ingatlah aku kembali bila-bila kau mahu
jika aku masih mengingati dirimu
aku sayang kamu,dia dan mereka
No comments:
Post a Comment