sesak dengan kelibat
namun satu wajah pun tak kukenal
mungkin kerana ingatan yang rapuh
lupa asal usulku
terjerat dalam jerangkap samar mata-mata veto
kalau aku pegang berlian
mereka nampak batu
kalau aku memakai mahkota
mereka nampak topi pesawah
kalau aku menyarung sutera
mereka nampak kain kapan
kalau aku pakai semuanya
mereka nampak aku berbogel
bulan masih cerah
mentari masih menyinar
bintang terus berkelip
bayu terus bertiup
aku hanya kaku
walaupun aku menari bersama mereka
di mata mereka
aku lebih hina dari najis babi
ibu berpesan
ayah dah bilang
terus bertahan
walau apa yang datang
tapi sampai bila??
aku dikelilingi malaikat
yang bersinar menyilaukan mata
sedangkan mereka mengapit aku
yang semakin tenggelam ditelan masa
sudahlah sudah
hentikan semua tekanan
kaki aku dah hampir lenguh
nadi aku semakin perlahan
nasiblah oksigen takkan berkurang
ada juga yang membantuku bernafas
beri aku sedikit masa
aku cuba buktikan
walaupun da berkali-kali aku buktikan
aku takkan nampak sempurna
No comments:
Post a Comment