Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Thursday, June 23, 2011

BETTER IS NOT IMPOSIBBLE...

ralat
perkataan paling tepat
bila sebenarnya kita tahu kemampuan kita
kehebatan sebenar yg terbuku di dalam
yang mampu menyentak segelintir insan
yang jauh lebih mengerti jurusan yang diambil
tapi bila kita berada di dalam arena
sekuat mana kita berusaha
sehebat mana kita melakukan
segala-galanye seakan akan tidak kena
impian untuk menjulang kemegahan
untuk membuktikan mulut-mulut mencela
lebur begitu sahaja
aku rasa seperti sehelai kertas
yang terbang ditiup angin
dan hinggap entah ke mana
aku hilang arah

apa sebenarnya punca kejatuhan??
punca kemerosotan bakat dikurniakan??
biar di sini aku luahkan
apabila kita berada di medan perjuangan
suasananya berbeza ketika ketika berlatih bersama rakan-rakan
tekanan??
itu jawapan
tapi apa punca tekanan??
bila ianya hadir lebih dari satu sumber
maka segala-galanya bakal berubah
jangan salahkan sesiapa
salahkan empunya badan
yang lemah melawan tekanan

aku ada seorang kawan
sepatutnya berjuang di sisi
tapi bertukar menjadi lawan
bila aku menjadi saingan
motif??
entahlah..
kalau dia rasa aku hebat
maka dia memang buta
tidak salah meletakkan matlamat
untuk jadikan sahabat sebagai piawai
tapi jangan menjatuhkan mereka
kerana sebenci mana mereka pada kita
sedikitpun mereka tidak mahu melihat kita terjatuh
tapi tidak mengapa
jika aku yang kau ingin lihat jatuh
ambillah kemegahan itu
sebarkan pada dunia
aku tidak malu
kerana mereka tahu kebolehan aku
lebih dari yang kau tahu...

terima kasih menjadikan aku matlamat perjuangan
sekurang-kurangnya aku mampu rasa hebat...

No comments:

Post a Comment