Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Tuesday, June 7, 2011

SEKEPING NOTA MISTERI

dalam samar2 kegelapan malam
kelibat hero menyedut udara segar
hanya kerana kisah lalu
maka tiada satu langkah pun yang betul baginya
hero meletakkan sepatu usangnya di atas bangku
udara segar bertukar kepada udara barah
kepulan itu bergerak ke arah utara
mengikut belaian bayu gemalai
lalu terpana seketika
melihat lembaga putih di hadapan mata
lalu hinggap bersila di riba

apakah maksud sebenarnya
sehelai kertas tanpa dakwat
sekeping nota dianggap misteri
hinggap seketika seperti ada mesejnya
tapi apa??
terus cuba membacanya
mungkin ada yang cuba disampaikan
mungkin juga ada pembaca pilihan
tapi siapa???
kalau dia kenapa masih kabur
sedikit konsentrasi dihulurkan
lebih 5 saat diperlukan

lalu satu persatu muncul
menjawab segala kebuntuan minda
menyentap pergerakan otot otot kardiak
bila mesej sebenarnya kian ke udara
nyawa menjadi bahan utama
lambat bertindak tiada apa mampu menjadi penawar
hero mencampakkan nota misteri
tapi ia terlekat di satu sudut bayang-bayang
mengekori setiap jejak langkah
sehingga ke saat ini....

apakah mesejnya????????

No comments:

Post a Comment