Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Tuesday, September 27, 2011

Hati Kecil Berkecil Hati

dear kawan2
maaf sbb slalu susahkan korg
slalu tumpang kemudahan
amik sane amik sini
anta sane anta sini
slalu tumpang kesenangan
mintak bayar sane
mintak hutang dulu
slalu tumpang masa
dengar masalah aku
mintak penyelesaian
maafkan aku

dear kawan2
maaf sbb aku x sempurna
lalu kau curahkan pada mereka yang lebih sempurna
maaf sbb x hargai korg
smpai korg terpakse hargai aku
maaf sbb cepat sensitip
smpai korg berpura-pura suke aku
maaf sbb slalu terase
ampai korg terpakse menjage hati
maafkan aku

dear kawan2
apa yang aku cuba jadi
ialah diri aku seadanya
aku xnak anugerah pelakon terbaik
maka aku x menjage hati korg
lalu aku tegur je sume kesalahan korg
mungkin dengan cara yang salah
maafkan aku

dear kawan2
aku xnak anugerah pengarah terbaik
maka aku x wat skrip dan jalan cerita
semuanya lahir seadanya dari hati yang KECIL ini
maka bila aku x suke
aku tunjukkan yang aku x suke
mungkin dengan cara yang kasar
maafkan aku

dear kawan2
aku xnk anugerah lelaki maskulin
maka aku x wat berlagak macho
dan selalui sensitip dan mudah terasa
maka bile aku tersentap
aku tunjukkan melalui ekspresi
mungkin dengan cara yang mengjengkelkan
maafkan aku

dear kawan2
tolong jangan salahkan kehidupan peribadi aku
latarbelakang keluarga aku
kerana aku hidup x sesenang korg
tapi ia wat aku tabah
kalau itu bukan satu kelebihan
maka janganlah dampingi aku
sebab aku x sehebat korg
bagi aku ketabahan itu satu kelebihan
lebih berharga dari sebuah kereta
lebih bernilai dari wang dan duit
maafkan aku

terima aksih seadanya
semoga bahagia
semoga berjaya....

Saturday, September 24, 2011

Permata dalam Saku

4 tahun
ia bukan perjalanan yang singkat
ia lebih panjang dari 4 abad
dan ia lebih jauh dari 4 benua

kalau hidup ni umpama lidah
maka 4 tunas rasa belum cukup
setakat masam,manis,masin dan pahit
itu da jadi resipi harian
belum dibilang payau,pedas dan suam
semuanya kita dah rasa

waktu aku jatuh
kau hulur tangan mengangkatku
malah kau papah hingga ke bawah pohon
dan kau hulurkan air hilangkan dahaga
malah kau kibas habuk2 di badanku
dan kau sapu airmataku
sambil meniup luka kecilku

dan waktu kau terjatuh
nama aku yang pertama kau laungkan
dan ketika aku berlari kecemasan
kau pula yang menenangkan
dan bila kau sudah mampu bangun
maaf menyusahkan kau hulurkan
lihat beza situasi kita
semua akan faham

kau bahuku
tempat aku alirkan airmata
kau jariku
tempat kugenggam bila ku takut
kau mataku
tempat kulihat erti sahabat
kau segalanya
langit dan bumiku
siang dan malamku

dan tiba-tiba
baru kini aku sedar
banyak insan yang aku kenal
mereka tak mampu menyaingi kau
dan tak terlampau andai aku katakan
kau yang terbaik pernah aku miliki
sahabat tika suka dan duka

lebarkanlah sayap kau
capai cita-citamu
aku menyanjung kau dari belakang
mungkin jauh dari anak matamu
semoga berjaya

Thursday, September 22, 2011

Mainan Tidur

ok,da lame x post cite2 cmni..
asyik berjiwang je kan..hahaha

bkn pe,semalam aku tido..
sebelum tido aku basuh kaki..
malah bace doa tido dan ayat kursi lagi..
tapi tetap mimpi ngarut2,hahaha
2 la,iman x kuat,senang je setan nk kacau..

camni mmpi aku..
aku ngah berjalan nk pegi men voli kt keris mas
mase 2 kol 530 ptg n hujan renyai2..
aku berjogging ngan kekasih hatiku si Jamal Hazman..
tengah perjalanan aku terjumpa si Faril n Ghani baru abes jogging
dorg pon jemput aku nek kete dorg..
ktorg pon nek jela dan terus ke KKM

sesampainye kt KKM, court da penuh
sume kwn2 yg men voli ade kt c2
siap ade makanan lg
dorg sume bwk makanan dari open house kot
suasana sangat meriah dan ceria masa 2
tiba-tiba.........

ade 3 org muncul
dengan jubah berwarne hitam menutup muke
mule2 ktorg cam takut la
sbb dorg dtg dekat2
siap cam terbang2 ala2 power rangers gitu..
smpai2 je kt ktorg tibe 2 die bertanye....
'bole ktorg men skali??td kt KPTM hujan,so ktorg pakai baju hujan ni'
laaaa....
si Bad,Kecik n Pejal upenye...
kejut Boboi....
xpelaq,ktorg teruskan men..

panjang x muqaddimah aku??
ok2,kite masuk part seram yg menyebabkan aku tersentak dari tido
tngah2 ktorg men,tibe2 dengar 1 bunyi letupan
ktorg terkejut tp Iqbal ckp org men mercun je kot..
ktorg teruskan maen..
tibe2,blok2 kat KKM cam runtuh..
keadaan cam sangat real,ktorg pon dok berkumpul sambil menangis2..
mase 2 ktorg tengok adik2 junior menjerit2 mintak tolong
tapi ktorg x mampu wat pape..
sedih tngok bile ade yg kne hempap ngan bangunan 2..
ade yg terjatuh dari tingkat 6..
siyes cam final destination..

part2 plak ea,yang ni mmg sadis sket..
kt court futsal, brader2 futsal yg ala2 macho da bertempiaran lari da
ktorg cam pelik la kenape kan
tibe2 ktorg nampak tanah cam merekah kt hujung sane
dan jatuh cam jadi gaung
siyes ngeri!!
time 2 aku sempat lari ke sane
selamatkan mmbe aku ismat
die da hampir jatuh da
tapi nasib bek aku sempat tangkap tangan die
dan budak2 voli tolong aku gak
adela bape2 org yg ktorg selamatkan
dan ktorg pon terus nek atas bukit..

kat atas bukit Eimas 2
ktorg hanye mampu saksikan KKM hancur
masing2 da mule beristighfar
ade yg menangis terlolong2
tyme ni agak sayu sket
kami sume hanye mampu berpegangan tangan
mase 2 aku sempat cakap
'kalau ni saat terakhir kite,maafkan segala dose2 aku'
'aku mohon kite selesaikan ape2 urusan tertunggak antara kita'
'biarlah tinggal urusan aku ngan Allah'
di saat 2 la aku terus mendongak ke langit
dan nampak sebuah kapal terbang menuju ke arah ktorg
langit yg mendung dan berguruh petir 2 da memanah kapal terbang 2
dan ia akan gugur ke mane2 yg die mahu

aku nampak cmne sorg2 kawan aku kene hempap ngan kapal terbang 2
ade kne sayap sampai terbelah 2
ade yg kne kipas sampai hancur luluh
ade yg kene serpihan sampai terburai kepala otak
dan bile muncung kapal terbang 2 betol2 depan mate aku
dan aku merasa kesakitan yang amat sangat
masa tula aku tersentak dari tido......

aku bangun
berpeluh dan menangis
takut sambil berfikir
3 perkara yang dapat aku fikirkan:

1. aku hanya mampu berdoa
Ya Allah,selamatkanlah keluarga dan sahabat handai aku
walau di mana je dorg berada skrang..

2.mungkin mmpi aku x sedasyat hari kiamat
tp mimpi 2 cukup mengerikan da..

3. syukur sebab bngun pg ni umur masih panajng
aku harap petang ni dapat jmpe kwn2 voli aku lg...

2 je,lantak korg nk kate ngeri ke x..
bg aku ngeri k...
huhu

Wednesday, September 21, 2011

Biduan Kecil

basuh kaki
menghembus zarah asap barah
baring menatap siling
tap,tap,tap bila mahu berhenti detik waktu ini??
sesaat pun x mampu terlelap
bila si biduan kecil bermain-main di kotak minda

oh,biduan kecil
cantiknya penciptaanmu di pandangan mataku
walaupun kau lalu lalang di celah-celah penari eksotik
mereka tenggelam di balik senyuman seksimu
kau beradu di satu sudut kecil
namun cukup selesa kau di situ
kau berlegar di ruang kosong akalku
dan aku hilang arah
marilah ke sini mendampingiku

oh,biduan kecil
andai purnama kau minta
aku berikan kau 7 purnama mengelilingi zuhal
andai lautan luas kau pinta ku redah
pasir dasarnya ku bawakan menyembah kau
andai hati nyamuk sebagai hantaran
aku hiaskan dengan buah pinggang nyamuk dan kuman
andai kau mahu aku semanis madu
setiap inci tubuhku jadikan sarang lebah
oh,marilah mencintai aku

biduan kecil
kau takkan mampu faham
kerana kau di situ meneruskan hidupmu
aku hanya mampu menatapmu dari sini
dan tersenyum sendiri
andainya aku dapat menggengam tapakmu
akan ku jahitkan dengan tapakku
sungguh aku tak mampu berpisah denganmu.......