Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Saturday, September 24, 2011

Permata dalam Saku

4 tahun
ia bukan perjalanan yang singkat
ia lebih panjang dari 4 abad
dan ia lebih jauh dari 4 benua

kalau hidup ni umpama lidah
maka 4 tunas rasa belum cukup
setakat masam,manis,masin dan pahit
itu da jadi resipi harian
belum dibilang payau,pedas dan suam
semuanya kita dah rasa

waktu aku jatuh
kau hulur tangan mengangkatku
malah kau papah hingga ke bawah pohon
dan kau hulurkan air hilangkan dahaga
malah kau kibas habuk2 di badanku
dan kau sapu airmataku
sambil meniup luka kecilku

dan waktu kau terjatuh
nama aku yang pertama kau laungkan
dan ketika aku berlari kecemasan
kau pula yang menenangkan
dan bila kau sudah mampu bangun
maaf menyusahkan kau hulurkan
lihat beza situasi kita
semua akan faham

kau bahuku
tempat aku alirkan airmata
kau jariku
tempat kugenggam bila ku takut
kau mataku
tempat kulihat erti sahabat
kau segalanya
langit dan bumiku
siang dan malamku

dan tiba-tiba
baru kini aku sedar
banyak insan yang aku kenal
mereka tak mampu menyaingi kau
dan tak terlampau andai aku katakan
kau yang terbaik pernah aku miliki
sahabat tika suka dan duka

lebarkanlah sayap kau
capai cita-citamu
aku menyanjung kau dari belakang
mungkin jauh dari anak matamu
semoga berjaya

No comments:

Post a Comment