basuh kaki
menghembus zarah asap barah
baring menatap siling
tap,tap,tap bila mahu berhenti detik waktu ini??
sesaat pun x mampu terlelap
bila si biduan kecil bermain-main di kotak minda
oh,biduan kecil
cantiknya penciptaanmu di pandangan mataku
walaupun kau lalu lalang di celah-celah penari eksotik
mereka tenggelam di balik senyuman seksimu
kau beradu di satu sudut kecil
namun cukup selesa kau di situ
kau berlegar di ruang kosong akalku
dan aku hilang arah
marilah ke sini mendampingiku
oh,biduan kecil
andai purnama kau minta
aku berikan kau 7 purnama mengelilingi zuhal
andai lautan luas kau pinta ku redah
pasir dasarnya ku bawakan menyembah kau
andai hati nyamuk sebagai hantaran
aku hiaskan dengan buah pinggang nyamuk dan kuman
andai kau mahu aku semanis madu
setiap inci tubuhku jadikan sarang lebah
oh,marilah mencintai aku
biduan kecil
kau takkan mampu faham
kerana kau di situ meneruskan hidupmu
aku hanya mampu menatapmu dari sini
dan tersenyum sendiri
andainya aku dapat menggengam tapakmu
akan ku jahitkan dengan tapakku
sungguh aku tak mampu berpisah denganmu.......
No comments:
Post a Comment