Golden Moment-Precious People-Beauty of Life

Wednesday, December 14, 2011

BISA

dahulu
kita sama bergelak tawa
kita berjuang bersama
misi dan visi
mengalir pantas dalam salur vena
bila kau tiada
hantarlah bala tentera bergajah
dibantu garuda dan phoenix raksasa
aku enggan bersama tiup semboyan
kerana aku ada
bila kau bersama

lantas kita berjanji
melangkah ke jurang yang lebih dalam
mendaki gunung yang lebih tinggi
menggapai langit yang lebih luas
menyelam laut yang lebih dalam
bersama mengorak langkah
biar musuh sehebat kereta kebal
dan kita menunggang kuda kerdil
janji tangan kita
masih berpimpin

kita tidak sempurna
1001 kelemahan tertulis di dahi
tapi 1 kekuatan mencairkan semuanya
keeratan genggaman tangan kita
biar disambar helang
dipanah kilat
disalai terik
dihempap tahi bintang
seinci pun tak terlerai
tapi di mana ia sekarang??

bukan aku menuding pada kamu,sahabatku
mungkin darah mudaku kuat mengalir
tapi kamu lebih muda dariku
mungkin semangatku sekeras besi
tapi kamu lebih semangat dahulu
1001 alasan kamu tebarkan
aku pun berjuang di medan yang sama,sahabatku
bukan aku kecewa kerana kamu tidak di situ
aku tahu di belakangku lebih banyak kepentinganmu
tapi aku terkilan
bila semangat kamu mati di situ

aku akan terus mengorak langkah
agar tentera kita tidak tersungkur di medan juang
biarlah aku terpaksa menghunus sendirian
atau mencari lembu celaka sebagai tunggangan
aku akan teruskan
dan jika aku bertemu kejayaan
lantas ditanya rahsia kemenangan
pantas aku bersuara
kerana sahabatku mendoakan di belakang
agar bisa kami sentias mengalir
dan membunuh musuh durjana......

No comments:

Post a Comment